Keluaran dan sambutan Penunggang Agama

Penunggang Agama dikeluarkan pada 25 Mac 2021 di Astro First.[5] Majlis pratonton filem ini diadakan di E-Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 23 Mac.[1] Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Astro Shaw pada 22 Mac dan telah meraih lebih daripada 70,000 tontonan.[11] Filem ini berjaya menduduki kedudukan pertama di carta filem 5 Teratas Astro First, dua hari selepas ditayangkan.[12]

Utusan Borneo menyifatkan filem ini sebagai sebuah karya yang "lebih berani".[13] Menurut ulasan daripada majalah Remaja, Penunggang Agama "agak menarik dari segi jalan cerita serta sinematografi kerana ianya memaparkan realiti apa yang berlaku dalam masyarakat kita".[14]

Rujukan

WikiPedia: Penunggang Agama http://www.imdb.com/Title?Penunggang+Agama/ https://gempak.com/berita-terkini/boom-baru-dua-ha... https://gempak.com/berita-terkini/syafiq-yusof-sah... https://www.kopiplanet.com/syafiq-yusof-hasilkan-f... https://www.malaysiakini.com/hiburan/567780 https://www.malaysiakini.com/hiburan/568223 https://www.projekmm.com/news/berita/2021/03/24/pe... https://www.youtube.com/watch?v=dCDnO0qTKaQ https://bebasnews.my/?p=57391&utm_source=rss&utm_m... https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20...